Thursday 28 July 2011

Ayuh Harimau!! Tundukkan Singa!!!

X sabar nak dengar sorakan Harimau Malaya malam ni.. alhamdulillah akhirnya dapat jugak tiket.. nak cite sikit pengalaman beli tiket utk ejulz dan kwn2.. 26/7/11 (Selasa) tiket mula dijual.. ejulz ngan member ejulz shuk pegi stadium nak beli tiket.. lewat jugak la pegi.. petang camtu.. sampai2 je tgk boleh tahan jugak ramai.. tanya kat brader2 kat situ, diorang kata tghari dah abis.. ramai yg kecewa sbb dtg jauh2 tapi x dpt tiket.. pegawai2 yg jaga kaunter kata hari esok (27/7 - rabu) baru ada stok lagi..

27/7/11 (Rabu) - pegi awal2 kat stadium.. diorang kata kaunter bukak pukul 9.00 pagi.. ejulz ngan member ejulz sampai sana dalam pukul 9.15 pagi.. tgk2 ramai gila b#6! org kat sana.. ejulz ngan member pun baris laa.. Jam 10.20 camtu dah nak sampai kaunter.. dalam 10 org camtu la lagi.. sekali tiket dah abis kat line yg ejulz baris.. sakit hati bila pegawai kat kaunter tu xde inisiatif nak ambik tikat kat kaunter lain.. mmg sakit hati.. ada ke patut kite yg dah berbaris ntah berapa batu jauh x tau laa.. heHe.. pastu suruh kitorang baris semula kat barisan yg masih ada tiket. mmg hampeh la camtu.. pengurusan kaunter tiket perlu lebih berinisiatif dalam hal2 camni.. fikir rasional la sikit.. tau nak senang je.. tiket abis pastu blah.. macam haram!! seb baek la member kpd member ejulz tadi ada berbaris kat baris ke 3.. sempat la suruh belikan.. kalo berbaris semula tadi mmg x dpt la tiket.. dalam pukul 11.00 pagi tiket dah abis dijual.. ramai yg kecewa sbb x dpt tiket..

xtau la malam ni penuh ke x stadium.. bila baca utusan arini, diorang kata stadium boleh menampung 100 ribu penonton.. tapi FAM hanya mengeluarkan 85 ribu tiket sahaja di atas faktor keselamatan.. ape yg ejulz rasa pelik kat sini, masa team EPL datang aritu boleh stadium penuh.. tapi bila team tanah air main, macam2 yg x boleh.. bila penyokong xde salahkan penyokong, bila penyokong dah ada diorang buat camni pulak.. ape pun x boleh!!

ape2 pun, harap Harimau dapat menundukkan 'Raja Rimba', Singa.. walaupun amat sukar tapi semangat dari para pemain dan para penyokong amat penting utk mendapat kejayaan.. Gud Luck Harimau Malaya..

[Rasa bersalah bila membuatkan si dia risaukan ejulz.. i'm sorry]

Sunday 24 July 2011

CONTEST : MENYINGKAP PENGORBANAN MAK DAN ABAH

Lama jugak rasanya x join contest ni.. heHE.. semalam baru dpt hadiah GA dari Imaza.. thankz ya Imaza.. cantik baju tu.. hehe :)

Dah lama kwn2 ejulz x tag.. dulu ramai jugak yg tag.. kalo ejulz ada masa ejulz buat laa.. tapi ejulz nak mintak maaf kalo ejulz x buat mana2 contest or GA yg korang tag ek.. kadang2 ejulz pun sibuk jugak.. kadang2 free tapi xde idea.. heHe

ok, harini dgn tidak segan silu ejulz nak join contest dari Carrot Polysacaride.. ejulz tertarik dgn contest ni sbb tetiba ejulz teringat pengorbanan mak ejulz masa ejulz kecik2 dulu.. nak tau? baca sampai abis k.. heHE

ni banner die:

ape yg pelu ejulz buat dalam contest ni?

1. letak banner [done]

2. buat entry bertajuk " contest menyingkap pengorbanan mak dan abah " [done]

3. kalau kurang dari 5 orang yang join contest nie akan di batalkan yer [ni terma syarat empunya contest.. heHE]

4. jadi followers alang [done]

5. kena buat dalam bentuk cerita..[done.. tgk kat bawah k.. ]

6. tag kengkawan.. [done]

7. tarikh tutup adalah 8.8.2011

8. link kan entry ruangan coment blog carrot [done]

9. sebarang masalah jugak buleh coment di bawah [xde masalah.. heHe]

10. korang rasa contest nie best dan perlu dikongsi? jangan lupa tekan "like" button :) [done]

oK, sebenarnya ejulz percaya banyak pengorbanan yg diberikan oleh mak ayah kita masa kita kecik sampai la kita dewasa dan berjaya.. apa yg ejulz nak ceritakan adalah salah satu pengorbanan mak ejulz yg x dpt ejulz lupa sampai sekarang.. kalo nak ceritakan semua jasa2 mak ayah ejulz memang x cukup muka depan blog ni kot..heHe.. banyak sangat.. x terkira... ejulz cite satu je laa..

ok, ejulz masih ingt lagi masa ejulz sekolah rendah dulu. masa tu banjir teruk kat kawasan rumah ejulz.. masa tu rumah kitorang masih rumah bertangga.. maksudnya tinggi la kan. x masuk air.. heHe.. kalo masa main tu ok la.. basah2 pun xpe.. tapi masa nak pegi sekolah mmg masalah la kan.. dari rumah nak ke jalan raya mmg terpaksa redah air.. jadi pada masa tu ejulz masih ingt lagi, mak ejulz dukung ejulz sampai ke jalan supaya seluar sekolah x basah kene air.. wpun ia nampak remeh, tapi bagi ejulz itu pengorbanan yg sgt besar.. semata2 nak anaknya berjaya dalam pelajaran.. kalo nak diingatkan balik memang banyak pengorbanan yg dberikan.. Jadi, kita sebagai anak adalah wajib membalas jasa kedua ibu bapa kita.. Semoga Allah membalas budi dan jasa mereka dengan memberikan tempat disisiNya kelak.. amin..

ok.. kali ni nak tag:














Thursday 21 July 2011

Insafi kelemahan diri..

Tertarik dengan kata pujangga pada buku Himpunan Hadis Modal Insan..

"Akhlak dan tindakan yang baik lebih indah daripada wajah yang tampan, mata yang hitam dan pipi yang licin. keindahan makna lebih utama daripada keindahan bentuk.
Banyak pengajaran  yg kita dapat ambil dari kata pujangga tersebut.. katanya yg indah dan maknanya yang mendalam sungguh bermakna.. Ini jelas menunjukkan rupa bentuk @ BMI bukanlah begitu perkara penting seperti yg kajian kat entry ejulz sblm ni.. Ia bukan laa penting berbanding kecantikan akhlak dan tingkah laku yg baik..

Bercakap pasal akhlak yg baik ni banyak perkara2 yg kita boleh tengok.. Sebagai contoh menginsafi kelemahan diri.. Sebagai seorang manusia biasa dan hamba Allah s.w.t, kita pasti ada kelemahan diri pada setiap individu.. Adalah penting kiranya kita dapat menginsafi kelemahan diri atau bersikap rendah diri supaya kita tidak akan memperkecilkan kelemahan orang lain.. Bersikap rendah diri ni bukan laa bermaksud kita lemah dari orang lain.. Tapi yg lebih penting adalah menginsafi kelemahan diri dan sentiasa memperbaiki kelemahan tersebut.. Jgn laa kita asyik memperlekehkan kelemahan org lain sedangkan kelemahan diri sendiri tidak ambil peduli.. bak kata pepatah, "Jangan jaga tepi kain org lain, kalo kain sendiri x terjaga.." [pepatah baru ni.. heHe]..

p/s: jangan laa kita memaki @ memperlekehkan kelemahan org lain.. Insafi kelemahan diri dan perbaiki.. Saling nasihat-menasihati kelemahan bersama org yg rapat di sekeliling kita. bukan memaki @ menghina.. Insyaallah, dgn nasihat kedua2 belah pihak akan mendapat kebaikan..

Wednesday 20 July 2011

Betul ke kajian : Perceraian berlaku disebabkan BMI isteri..?

Salam abg2, akak2, adik2 n sahabat2 sekalian..

hari ini ejulz tertarik dengan ucapan pegawai masa perhimpunan pagi tadi.. Pegawai tu kata, mengikut kajian, perpisahan dan perceraian rumahtangga berlaku disebabkan oleh BMI isteri.. BMI ni kalo x silap maksudnya Body Mass Index.. kalo salah bgtau ek.. heHE. ok, BMI ni kira pengiraan berat badan, tinggi, saiz dan sebagainya laa.. nak dipendekkan cerita gemuk ke, kurus ke, gebu ke.. heHe. nak tau lebih lanjut pasal BMI, korang carik la sendiri.. heHe

ejulz x berapa setuju dgn kajian tu.. kalo kita tgk akbar2 @ media2 massa, siapa yg selalu dikaitkan dgn perceraian.. x kira la org biasa ke artis ke, sama je pun.. kalo tgk artis yg berpisah @ bercerai ni, fuhhhhhh!! mantop!! heHe.. Boleh jugak bercerai.. Kalo kita tgk pelakon komedi yg gempal2 comelote tu, kak enot, bahagia je dgn suami dia.. siap masuk sehati berdansa g.. heHe

p/s: sebenarnya dalam perhubungan perlu ada tolak ansur dan persefahaman.. bukan BMI semata2.. cantik mana pun body isteri tu, kalo xde tolak ansur dan persefahaman x gune gak.. mungkin akan menjadi faktor perceraian.. NI PENDAPAT DARI BUKAN PAKAR RUMAHTANGGA.. heHe


Wednesday 13 July 2011

Doa Mohon Jodoh dan Keturunan yang Baik

assalamualaikum.. dah xtau nak kongsi ape lam ni.. nak belajar bahasa Sarawak?? ejulz pun xde idea perkataan apa nak kongsi.. heHe. ok kali ni ejulz nak kongsi "Doa Mohon Jodoh dan Keturunan yang Baik" je laa.. Doa ni ejulz dapat dari satu blog ni.. klik sini jika nak tengok blog tu..



just 4 sharing.. :)


Tuesday 12 July 2011

Kenapa suka menilai orang dari luaran?

Assalamualaikum..

Ejulz selalu memerhati gelagat orang2 di sekeliling.. salah satu yang sikap yg ejulz dapat tengok adalah suka menilai orang dari luaran.. Ejulz tak nafikan yg ejulz pun x lari dari menilai seseorang dari luaran dan tingkah lakunya.. sebagai contoh, bila ejulz tgk ada seseorang yg mnyendiri dari org ramai @ kumpulannya, mungkin dia seorang yg pendiam.. dan bila ejulz tgk seseorang yang boleh bergaul dgn org yg dia baru kenal, mungkin dia seorang yang peramah.. bila ejulz tgk orang pandang ejulz semacam je, muka susah nak senyum, bengis je, mungkin first impression ejulz terhadap dia adalah sombong..

Tapi bagi ejulz semua tu adalah first impression kita terhadap seseorang yang kita x kenal.. Ejulz penah kenal seseorang masa kat uitm samarahan dulu.. budak ni tgk ejulz semacam je.. muka nak mencuka je semacam.. dgn member2 dia boleh pulak gelak2.. so, ejulz pun ingt dia ni sombong.. Tapi entah camne ejulz boleh rapat dengan dia.. kalau x silap kenal member atas member kot.. n ada jugak penah satu kelas.. bila ejulz rapat dgn dia, baru laa ejulz tau n kenal siapa dia sebenarnya.. sikap dia dgn apa yg ejulz bayangkan sebelum sblm kenal @ bkawan dgn dia mmg jauh berbeza.. Orang yg ejulz katakan muka bengis mencuka, sombong, mcm nak cari gaduh je, rupanya seorang yang pelawak, suka bergurau, cucu soleh wpun blkang datuk die nakal2 sikit.. heHe.. dan seorang yg setia dgn awek die.. kire mat jiwangg laa. huHu.

Jadi, apa yg ejulz cuba sampaikan di sini adalah, adakah kita layak utk menilai seseorang sebelum kita betul2 mengenalinya? fikir2kan dan renung2kan.. :)

Monday 11 July 2011

Harap bahagia disampingnya..

Assalamualaikum.. waaa.. dah 6 hari ejulz x updet blog.. rindu sangat2.. sory x dpt nak terjah blog korang.. semenjak kuliah start ni sibok memanjang.. Dengan assignment melambak2.. dengan tutorial menggunung.. dah nak sama tinggi gunung everest dah.. heHe.. ngan speaking test g.. minggu ni pulak presentation.. waaa.. gagap beb.. heHe.

oPsss! intro lari dari tajuk.. heHe.. sebenarnya sejak mengenalinya ejulz rasa hidup ejulz lebih bermakna.. ada penyeri.. bagai sekuntum bunga yang tumbuh menghiasi taman.. puitis.. heHe. Ejulz berharap dialah yang pertama dan dialah yg terakhir..

abang2, kakak, dan kawan2 yang telah berbahagia dalam perhubungan, beri2 laa tips sikit.. heHe.. harap bahagia disampingnya.. :)


alamaakkkkkkkkkkkk!!! terjiwaaannnnnggggg laaaaaa puulaakkkkkkkk!! heeheee

kpd bro_monday: diam2 je laa.. biar pecah di perut jgn pecah di mulut.. haHa

Saturday 2 July 2011

20.. PENTING!!

PERTAMA.
 
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

 

KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

 

KETIGA.

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

 

KEEMPAT .

Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.

 

KELIMA.

Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.

 

KEENAM.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

 

KETUJUH...

Percayailah cinta pandang pertama.

 

KELAPAN..

Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

 

KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
 
KESEPULUH.

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

 

KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

 

KEDUABELAS.

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.


KETIGABELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'

 

KEEMPATBELAS.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.

Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.

 

KEENAMBELAS.

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

 

KETUJUHBELAS.

Berpeganglah kepada tiga R:

1.. Rasa hormat pada diri sendiri;

2. Rasa hormat kepada orang lain;

3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

 

KELAPANBELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

 

KESEMBILANBELAS.

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

 

KEDUAPULUH.

Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.


KEDUAPULUH SATU

Ada ketikanya anda perlu bersendirian.



















Cepatnya Masa Berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger ejulz... Harap semuanya dalam keadaan sihat.. Tak berasa hampir 4 bulan tak update...